motivasi diri
Diri anda amat berharga dari segala-galanya. Hargai anda sebagai seorang insan yang tidak hanya berpandukan kepada kebijaksanaan anda, pencapaian akademik ataupun dari segi keupayaan kerja anda. Jadilah diri anda sendiri. Hargailah pendapat anda sendiri sebagaimana anda menghargai pendapat orang lain. Belajarlah mengawal tindakbalas dengan membayangkan kesan tindakan anda.
Apa yang anda rasa dari kesan tindakan anda? Bertindakbalaslah demi memenuhi kepuasan anda. Bina lakaran kerja diri, catatkan matlamat serta keutamaan peribadi dan bacalah berulangkali. Jangan kecewa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi. Tumpukan kepada kejayaan anda. Ingatlah sedikit kejayaan akan cepat dibina setara dengan sedikit kegagalan. Berilah masa serta peluang kepada diri anda untuk berubah. Maafkanlah diri anda dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan diri.
Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan anda. Janganlah membiarkan kekurangan yang ada sebagai alasan kepada kegagalan anda. Fikirlah bahawa anda telah merancangkan dengan begitu teliti tentang kejayaan anda. Sekiranya anda berasa sedih dan tidak berkeupayaan, bayangkan kejadian yang lebih baik akan berlaku. Gembar-gemburkan fantasi anda dan ketawalah akan fantasi anda itu. Apa yang anda lakukan hanyalah untuk meletakkan situasi anda kepada sikap yang lebih positif dan luas.
Andainya anda tidak bermaya, temuilah seseorang yang anda rasakan dapat memberi dorongan kepada anda untuk mencapai kejayaan.
Ingatlah bahawa tiada siapa yang boleh memaksa anda melakukan kerja anda. Sekiranya anda ingin melakukannya, jangan membazir tenaga kepada perkara lain dengan mambuat keputusan sendiri. Kerja dengan pantas. Lebih cepat ianya disiapkan lebih banyak masa terluang untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Anda juga mengalami kerisauan yang berkurangan, jadi anda berpeluang untuk mengenalpasti masalah-masalah serta kesalahan-kesalahan pada kerja-kerja anda.
Buat jangkaan terhadap sesuatu tekanan kerja sebagai pemangkin untuk anda bertindak. Setiap individu mempunyai cara kerja berbeza. Sesetengah individu perlukan persaingan untuk hasil yang terbaik manakala sesetengahnya pula mengikut keupayaan mereka. Hormatilah cara kerja anda dan susunlah mengikut kesesuaian anda.
Sekiranya jadual kerja anda padat, buatlah mengikut keselesaan anda dalam membina semangat bekerja. Jika perlu, berhenti sekejap untuk mengingatkan diri anda mengapa anda memilih kerja tersebut dan apa yang anda harapkan dari melakukan kerja-kerja tersebut. Sekiranya berpuashati, beri pujian kepada diri anda kerana anda boleh melaksanakannya.
Kerja yang selesai, akan meningkatkan motivasi serta minat ke tahap yang maksimum. Selesaikan kerja anda mengikut peringkat setiap hari.
No comments:
Post a Comment